You are using .............. to connect with us!!!

robtex
Kemaskini I-Nilam sekolah anda....Pertukaran kelas bagi tahun yang baru...Kemasukan data bacaan...Laporan bacaan dan sebagainya...terima kasih..

Wednesday, September 25, 2013

PENDAFTARAN PROGRAM READ 2013 SEMPENA KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013

   Sebagai makluman awal, adalah dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama Scholastic Malaysia sekali lagi akan melaksanakan Program READ2013 : One Nation Reading Together sempena Kem Membaca 1Malaysia pada 6 hingga 8 November 2013.

   Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama guru-guru GPM zon PKG Segamat Baru untuk mendaftar melalui www.readtogether.com.my dengan kadar segera bagi melayakkan sekolah mendapat 50 buah buku sumbangan Scholastic Malaysia (kaedahnya adalah SIAPA CEPAT , DIA DAPAT). 


Status Terkini Pengisian Data SSQS 2013 Sekolah-sekolah PKG Segamat Baru

Data berakhir pada 1 Oktober 2013 jam 3:30 petang.



Berikut adalah pautan untuk proses pengisian respon :

Monday, September 23, 2013

Data Respondan SSQS Berakhir pada 23.09.2013

Berikut adalah dapatan pengisian SSQS yang diterima dari pihak BTPN Johor. Terima kasih diucapkan kepada  sekolah-sekolah yang telah melaksanakan pengisian. Kepada sekolah-sekolah yang BELUM melaksanakan pengisian SSQS, sila lakukan dengan kadar SEGERA berikutan tarikh akhir pengisian hampir tiba iaitu 30 September 2013. GPM yang terlibat, sila ambil tindakan drastik. Terima kasih.


Monday, September 16, 2013

Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah 2013


        Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. 
     Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini. 
     Kajian Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah akan dijalankan bermula pada 11 September 2013 hingga 27 September 2013Diminta guru dan murid sekolah  mengisi borang kajian ini.  Kajian ini hendaklah diisi oleh guru dan murid dengan menggunakan URL berikut: 

1.Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Guru)
2.Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Murid)

Lampiran : Surat Makluman Kajian Bahan Digital

Smart School Qualification Standards (SSQS) Versi 2.0



     Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.

     Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah.
Pengisian data dalam Penarafan SSQS dibuat secara atas talian (online) mulai
02 September 2013 hingga 30 September 2013 menerusi pautan berikut :