Sunday, November 8, 2015
Wednesday, November 4, 2015
ANALISIS SOAL SELIDIK NILAM SEKOLAH AHLI PKG SEGAMAT BARU
Mohon kerjasama sekolah untuk melengkapkan maklumat jumlah guru dan murid serta tarikh menjawab soal selidik NILAM yang telah dilaksanakan di dalam url di bawah:
ANALISIS SOAL SELIDIK NILAM
Bagi sekolah yang masih belum menjawab soal selidik tersebut di url: http://www.moe.edu.my/btp , Tarikh tutup pada 6 November 2015.
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wednesday, October 28, 2015
SOAL SELIDIK KAJIAN PROGRAM NILAM
Surat Makluman Soal Selidik Kajian Program NILAM
Sila layari laman berikut untuk menjawab soal selidik yang tersebut:
http://www.moe.edu.my/btp
Monday, October 19, 2015
PERKONGSIAN BAHAN DIGITAL MBMMBI
Assalamualaikum Dan Salam Muafakat Johor
Perkongsian bahan digital MBMMBI ( Koleksi hingga terkini ) dalam format ISO ( imej ) bagi tujuan memudahkan GPM atau Penyelaras MBMMBI untuk memuat turun seterusnya menyalin ke dalam CD bagi penggantian CD yang rosak atau hilang . Disertakan sekali manual dan langkah-langkah serta prosedur untuk menyalin bahan-bahan tersebut .
Berikut adalah pautan :
1. KOLEKSI BAHAN DIGITAL MBMMBI
2. MANUAL MUAT TURUN BAHAN DIGITAL MBMMBI
3. MANUAL SALIN BAHAN DIGITAL MBMMBI
Bahan ini dikongsikan oleh rakan PTP PKG Mersing. Terima kasih
Tuesday, September 15, 2015
Kekosongan jawatan di Pusat Kegiatan Guru daerah Segamat untuk dipohon oleh guru-guru yang berkelayakan:
Tempat Bertugas/ Jawatan:
1. Pusat Kegiatan Guru Buloh Kasap: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
2. Pusat Kegiatan Guru Bandar Segamat: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
3. Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
Kelayakan:
1. Gred DG29 atau
2. Gred DG32 (KUP) , 32 hakiki tidak layak atau
3. Gred DG41 yang telah sah jawatan. Gred DG41 yang telah masuk DG44 tidak layak dan
4. Bukan Opsyen Agama, JQAF dan Bahasa Inggeris
Cara mohon:
1. Isi borang permohonan berikut dan lengkapkan seterusnya dihantar ke PKG Segamat Baru untuk semakan. Dapatkan pengesahan ketua jabatan terlebih dahulu.
2. Borang permohonan boleh juga dihantar terus ke Bahagian Teknologi Pendidikan Johor.
3. Sebarang masalah boleh berhubung dengan En Abd Latip bin Talib, PTP1 PKG Segamat Baru di talian H/P: 0197500031
Borang Permohonan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru
Monday, September 14, 2015
Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Segamat
Wednesday, September 9, 2015
Pinjaman Netbook 1Malaysia
Borang Pinjaman Netbook 1M di PKG
Tatacara pinjaman Netbook:
1. Dapatkan borang di url di atas:
2. Lengkapkan maklumat dan dapatkan tanda tangan pentadbir sekolah (GB/Pengetua)
3. Bawa borang tersebut ke PKG (pastikan sekolah adalah ahli PKG tersebut)
4. Pinjaman perlu diperbaharui setiap bulan
5. Sekiranya netbook yang dipinjam rosak, boleh ditukar yang baru
6. Pastikan netbook yang dipinjam dijaga seperti harta sendiri. Sekiranya HILANG perlu diganti.
Monday, August 31, 2015
PERMOHONAN NETBOOK 1M SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG SEGAMAT BARU
Berikut adalah URL yang perlu diisi oleh pihak sekolah:
PERMOHONAN NETBOOK 1M 2015
Contoh Surat Permohonan.
Contoh Surat Permohonan 2
Sunday, August 16, 2015
Monday, August 10, 2015
Sunday, July 26, 2015
PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2015
Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2015 akan bermula pada 6 Julai 2015 hingga 22 Ogos 2015. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3
Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Ver 3/2015:
BIL
|
ZON
|
DAERAH
|
TARIK PELAKSANAAN
|
1
|
A
| BATU PAHAT PONTIAN PASIR GUDANG SEGAMAT KLUANG |
26 Julai - 13 Ogos 2015
|
2
|
B
| MUAR KULAI MERSING JOHOR BAHRU KOTA TINGGI |
1Ogos - 22 Ogos 2015
|
3
| VERIFIKASI BTPN JOHOR |
23 - 30 Ogos 2015
| |
4
| PELAPORAN SSQS NEGERI JOHOR KE BTP |
1 September 2015
|
Muat turun :
Tuesday, July 21, 2015
Tuesday, July 14, 2015
Monday, July 6, 2015
PEMANTAUAN PROGRAM VLE GM1M
KPM telah mengarahkan supaya Program VLE GM1M dibugarkan segera agar membolehkan PdP abad ke 21 berjalan seiring dengan pembekalan peralatan ICT yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.
Satu siri latihan VLE GM1M telah dilaksanakan di SMK Dato' Bentara Dalam yang terdiri daripada 29 buah sekolah terpilih di daerah Segamat bertujuan melatih Guru Muda sehingga mahir dalam mengendalikan VLE di sekolah.
Justeru itu pemantauan VLE GM1M telah dilaksanakan bagi memastikan program KPM ini berjalan secara berterusan.
Berikut adalah pautan yang perlu dilengkapkan oleh sekolah terlibat:
1. BORANG MAKLUMAT SEKOLAH
(Diisi oleh admin VLE setiap bulan)
2. BORANG PENILAIAN KENDIRI
(Diisi oleh Guru Muda selepas PdP setiap minggu)
3. BORANG TINJAUAN PENTADBIR
(Diisi oleh pentadbir sekolah bagi 5 orang Guru Muda setiap bulan)
Muat Turun :
1. Bahan Taklimat Pemantauan Program VLE GM1M
2. Surat Arahan
3. Senarai Sekolah GM1M Daerah Segamat
Monday, June 15, 2015
PELAKSANAAN TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI MELALUI PENDEKATAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL (ZPD) 2015
Peserta Bengkel Galak Guna Bahan Digital MBMMBI perlu melaksanakan soal selidik melalui url berikut : http://goo.gl/forms/qrszXhOAe8
Monday, May 11, 2015
VERIFIKASI e-DATA 2015 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG SEGAMAT BARU
Perhatian dan tindakan segera perlu dilakukan oleh GICT/GPB sekolah-sekolah zon PKG Segamat Baru. Sila muat turun dokumen berkaitan di url : https://goo.gl/JJ1HiL dan diemailkan semula ke pkg_segamat_baru@moe.gov.my pada atau sebelum 28 Mei 2015.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Abd Latip Bin Talib (Pegawai Teknologi Pendidikan 1) di 0197500031. Kerjasama dan keprihatinan GICT/GPB kami ucapkan jutaan terima.
Monday, April 27, 2015
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG 2015
Anugerah PSS Cemerlang 2015 peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan Mei ini. Guru-guru Perpustakaan dan Media yang menyertai pertandingan ini diharapkan dapat bersedia dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Berikut dilampirkan syarat dan kriteria yang diperlukan:
Tuesday, April 14, 2015
PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)
Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan temaMembaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Saturday, February 7, 2015
PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa beberapa sekolah di Daerah Segamat telah menerima pengagihan Netbook 1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM. Oleh itu pihak sekolah diminta bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2/2013).
Monday, February 2, 2015
PENGISIAN MAKLUMAT PERIBADI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) BAGI TAHUN 2015
Wednesday, January 7, 2015
PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH 2015
KPM telah memutuskan SPS akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses di alamat
http://apps4.moe.gov.my/sps atau http://sps.moe.gov.my/
Surat siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan SPS 2015 boleh diakses melalui:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001196.pdf
Sebarang permasalahan dan pertanyaan yang berkaitan sila merujuk dan mengajukan kepada pihak seperti yang dinyatakan pada Para 8 dalam Garis Panduan Pelaksanaan SPS 2015.