Kekosongan jawatan di Pusat Kegiatan Guru daerah Segamat untuk dipohon oleh guru-guru yang berkelayakan:
Tempat Bertugas/ Jawatan:
1. Pusat Kegiatan Guru Buloh Kasap: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
2. Pusat Kegiatan Guru Bandar Segamat: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
3. Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru: Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
Kelayakan:
1. Gred DG29 atau
2. Gred DG32 (KUP) , 32 hakiki tidak layak atau
3. Gred DG41 yang telah sah jawatan. Gred DG41 yang telah masuk DG44 tidak layak dan
4. Bukan Opsyen Agama, JQAF dan Bahasa Inggeris
Cara mohon:
1. Isi borang permohonan berikut dan lengkapkan seterusnya dihantar ke PKG Segamat Baru untuk semakan. Dapatkan pengesahan ketua jabatan terlebih dahulu.
2. Borang permohonan boleh juga dihantar terus ke Bahagian Teknologi Pendidikan Johor.
3. Sebarang masalah boleh berhubung dengan En Abd Latip bin Talib, PTP1 PKG Segamat Baru di talian H/P: 0197500031
Borang Permohonan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru
Tuesday, September 15, 2015
Monday, September 14, 2015
Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Segamat
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan samada kewangan, tenaga, buah fikiran, kepakaran dan sebagainya dalam menjayakan program ini. Semoga Segamat terus cemerlang dalam era ICT khasnya VLE
Wednesday, September 9, 2015
Pinjaman Netbook 1Malaysia
Borang Pinjaman Netbook 1M di PKG
Tatacara pinjaman Netbook:
1. Dapatkan borang di url di atas:
2. Lengkapkan maklumat dan dapatkan tanda tangan pentadbir sekolah (GB/Pengetua)
3. Bawa borang tersebut ke PKG (pastikan sekolah adalah ahli PKG tersebut)
4. Pinjaman perlu diperbaharui setiap bulan
5. Sekiranya netbook yang dipinjam rosak, boleh ditukar yang baru
6. Pastikan netbook yang dipinjam dijaga seperti harta sendiri. Sekiranya HILANG perlu diganti.
Subscribe to:
Posts (Atom)