You are using .............. to connect with us!!!

robtex
Kemaskini I-Nilam sekolah anda....Pertukaran kelas bagi tahun yang baru...Kemasukan data bacaan...Laporan bacaan dan sebagainya...terima kasih..

Wednesday, September 24, 2014

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL KEDATANGAN MURID SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Tarikh   :   24 September 2014
Tempat   :   Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru
Kehadiran   :   Guru Pentadbir Sistem Pengurusan Sekolah






Tahniah dan syabas kepada peserta bengkel yang hadir kerana memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi menjaya dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Tuesday, August 5, 2014

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2014



Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 akan bermula pada 10 Ogos 2014 hingga Sabtu 30 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3

Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Ver 3/2014:


BILZONDAERAHTARIK PELAKSANAAN
1ABATU PAHAT
PONTIAN
PASIR GUDANG
SEGAMAT
KLUANG
10 - 16 OGOS, 2014
2BMUAR
KULAI
MERSING
JOHOR BAHRU
KOTA TINGGI
17 - 23 OGOS, 2014
3VERIFIKASI BTPN JOHOR25 - 28 OGOS, 2014
4PELAPORAN SSQS NEGERI JOHO KE BTP30 OGOS, 2014

Wednesday, May 28, 2014

PENGISIAN MAKLUMAT MAKMAL / BILIK KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH KPM

MAKLUMAN / TINDAKAN:  
Sekolah-sekolah Zon PKG Segamat Baru

Mohon kerjasama daripada Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) / Juruteknik Komputer Sekolah untuk melaksanakan pengemaskinian dan pengisian maklumat berkaitan makmal / bilik komputer sekolah.

Pengisian data Makmal Komputer Sekolah ini adalah untuk mengumpulkan data makmal komputer sekolah bagi tujuan perlaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang berkenaan agar dapat  melengkapkan data tersebut selewat-lewatnya 5 Jun 2014.

Tatacara pengisian data:
1.   Muat turun borang e-data (excel) : Borang e-DATA 
      Sekiranya muat turun tidak berjaya, Klik File, kemudian klik download.
2.   Lengkapkan borang e-data.
3.   Emailkan borang (excel) ke email : pkg_segamat_baru@moe.gov.my

Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi En. Norazman Bin Jauhari, PKG Segamat Baru (Tel:07-9317345).






Sunday, April 13, 2014

KUTIPAN DATA BERKAITAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

Pusat Kegiatan Guru telah diarahkan untuk mengumpulkan Data Penggunaan Peruntukan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan dengan itu, semua sekolah ahli Zon PKG Segamat Baru dikehendaki melengkapkan Borang Data PCG PSS 2013 dan mengembalikan semula ke PKG Segamat Baru pada sebelum  20 April 2014.  Borang tersebut boleh dihantar secara softcopy melalui emel pkg_segamat_baru@moe.gov.my atau secara hardcopy.
Tuan / Puan juga dikehendaki mengisikan data/maklumat PCG tersebut secara atas talian (online) di URL berikut :
:: Borang boleh dimuat turun (download) di bawah.
1.   Borang Data PCG PSS 2013 - Perlu diemail semula ke pkg_segamat_baru@moe.gov.my
2.   Surat Mohon Kebenaran Pantau PCG

Wednesday, January 22, 2014

PENCAPAIAN SSQS, IQ-PSS DAN ANALISIS BACAAN NILAM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT BAGI TAHUN 2013


Berikut adalah url pencapaian SSQS, IQ-PSS dan Analisis Bacaan NILAM  bagi sekolah-sekolah di daerah Segamat. Guru-guru Perpustakaan dan Media boleh memuat turut dan membuat analisa keputusan berkenaan dan boleh dijadikan panduan dan persediaan bagi program PSS sepanjang tahun 2014.

Muat turun keputusan :    

1.   SSQS Daerah Segamat        

Sunday, January 12, 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Segamat 2014










Kepada Warga Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah-sekolah Daerah Segamat.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan pertandingan NILAM  peringkat negeri yang dijangka akan berlangsung pada penghujung bulan Februari 2014. Oleh yang demikian, pemilihan di peringkat daerah akan diadakan untuk tujuan tersebut. Peserta yang berjaya akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Justeru itu ,  semua sekolah di Daerah Segamat yang berkelayakkan dipersilakan untuk menyertai pertandingan ini. Borang pencalonan berserta syarat penyertaan  boleh di muat-turun  pada alamat berikut : http://NILAM/borang calon2014

Borang pertandingan yang telah lengkap di isi ,hendaklah di hantar ke PKG Segamat Baru sebelum atau pada 22 Januari 2014. Untuk keterangan lanjut boleh sila hubungi En. S. Kanagalingam a/l  P. Seeny – PPPD Bahasa dan Bahasa Inggeris di talian 07-9333052 atau 012-7191442, atau PTP PKG daerah Segamat.

PTP

Blog Perkongsian Informasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor






Blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat, masalah dan pengalaman dalam proses mengendalikan aplikasi atas talian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Para pengunjung dialu-alukan untuk mengambil bahan-bahan yang ada di dalam blog ini jika ianya boleh membantu tugas kita sebagai pengendali dan pengguna SPS.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua warga pendidikan seluruh Negeri Johor khasnya dan seluruh negara amnya.

Wednesday, September 25, 2013

PENDAFTARAN PROGRAM READ 2013 SEMPENA KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013

   Sebagai makluman awal, adalah dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama Scholastic Malaysia sekali lagi akan melaksanakan Program READ2013 : One Nation Reading Together sempena Kem Membaca 1Malaysia pada 6 hingga 8 November 2013.

   Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama guru-guru GPM zon PKG Segamat Baru untuk mendaftar melalui www.readtogether.com.my dengan kadar segera bagi melayakkan sekolah mendapat 50 buah buku sumbangan Scholastic Malaysia (kaedahnya adalah SIAPA CEPAT , DIA DAPAT). 


Status Terkini Pengisian Data SSQS 2013 Sekolah-sekolah PKG Segamat Baru

Data berakhir pada 1 Oktober 2013 jam 3:30 petang.



Berikut adalah pautan untuk proses pengisian respon :

Monday, September 23, 2013

Data Respondan SSQS Berakhir pada 23.09.2013

Berikut adalah dapatan pengisian SSQS yang diterima dari pihak BTPN Johor. Terima kasih diucapkan kepada  sekolah-sekolah yang telah melaksanakan pengisian. Kepada sekolah-sekolah yang BELUM melaksanakan pengisian SSQS, sila lakukan dengan kadar SEGERA berikutan tarikh akhir pengisian hampir tiba iaitu 30 September 2013. GPM yang terlibat, sila ambil tindakan drastik. Terima kasih.


Monday, September 16, 2013

Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah 2013


        Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. 
     Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini. 
     Kajian Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah akan dijalankan bermula pada 11 September 2013 hingga 27 September 2013Diminta guru dan murid sekolah  mengisi borang kajian ini.  Kajian ini hendaklah diisi oleh guru dan murid dengan menggunakan URL berikut: 

1.Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Guru)
2.Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Murid)

Lampiran : Surat Makluman Kajian Bahan Digital

Smart School Qualification Standards (SSQS) Versi 2.0



     Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.

     Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah.
Pengisian data dalam Penarafan SSQS dibuat secara atas talian (online) mulai
02 September 2013 hingga 30 September 2013 menerusi pautan berikut :







Thursday, July 4, 2013

Bengkel Perluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Bengkel dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Hari                   : Khamis dan Jumaat
Tarikh                : 4 - 5 Julai 2013


Monday, April 29, 2013



KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2013
BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
JOHAN
Selangor
Sofea Arisya binti Muhammad Shaifuddin
(010526-08-0674)
SK Seksyen 9
NAIB JOHAN
Kedah
Nur Azwa binti Hisham
(011017-02-0774)
SK Sungai Pasir
KETIGA
Kelantan
Dine Aiman bin Mohd. Fakharuddin
(010822-03-1105)
SK Dato Hashim 1
SAGUHATI
Terengganu
Nurul Syarafina binti Abdul Rahim
(010424-11-0158)
SK Tengku Mahmud
SAGUHATI
Negeri Sembilan
Nur Amira Husna binti Othman
(010719-04-0222)
SK Rompin

BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
JOHAN
WP Kuala Lumpur
ONG QIAO SE
(010808-14-1690)
SJKC Taman Connaught
NAIB JOHAN
Perak
JACLYN LOH HUI LING
(010919-08-0106)
SK Convent Kota
KETIGA
Sarawak
TEJBIR KAUR A/P JASBIR SINGH
(010206-13-0660)
SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim
SAGUHATI
Kedah
AUDREY KANG NIAN JI
(010815-02-0280)
SK Convent
SAGUHATI
Pahang
NUR MUJEERA CHAUDHRY BINTI SHAHID HAQ CHAUDHRY
(010129-06-0602)
SK (P) Methodist

Thursday, February 28, 2013

Mesyuarat APSS Daerah Segamat dan Laporan NILAM 2013


Mesyuarat ini dijalankan pada 1 Mac 2013. Di bilik Mesyuarat PKG Segamat Baru. Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan Laporan perlaksanaan Majlis Anugerah Tokoh NILAM. Post mortem perjalanan majis dan pembentangan laporan Anugerah Tokoh NILAM peringkat Negeri yang dijalankan di BTPN Johor.

Tuesday, January 29, 2013

Monday, September 3, 2012

PENGISIAN MAKLUMAT SSQS 2012 BERAKHIR 9 SEPTEMBER 2012






SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD. Maksud SSQS ini mula diterapkan kepada sekolah ahli dalam mencapai tahap 5 bintang pengisian maklumat. Mengejar era Informasi Komunikasi danTeknologi ini, pihak sekolah memberikan output kepda pihak Kementeri Pelajaran Malaysia dalam penggunaan ICT di sekolah. Kemudahan dan kelengkapan yang diberikan oleh KPM mula menampakkan hasil dalam membestarikan sekolah-sekolah seluruh negara.

Monday, March 12, 2012

Pemasangan Peralatan 1BestariNet


Pemasangan peralatan 1Bestarinet sedang dijalankan dengan giatnya di Daerah Segamat. Antara peralatan yang sedang dipasang di sekolah-sekolah daerah segamat ialah:
1Bris (1 BestariNet Receiver Integrated System) - Di sekolah yang terpilih dan sudah dikenal pasti sahaja

CPE 1BestariNet (Customer-premises equipment) - Setiap sekolah sekurang-kurangnya 1 unit

Kepada pihak sekolah harap dapat mengenal pasti peralatan yang akan dipasang di premis sekolah masing-masing supaya tidak akan terjadi sebarang perkara yang tidak diingini pada masa akan datang nanti.