Anugerah PSS Cemerlang 2015 peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan Mei ini. Guru-guru Perpustakaan dan Media yang menyertai pertandingan ini diharapkan dapat bersedia dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Berikut dilampirkan syarat dan kriteria yang diperlukan:
Monday, April 27, 2015
Tuesday, April 14, 2015
PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)
Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan temaMembaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Saturday, February 7, 2015
PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa beberapa sekolah di Daerah Segamat telah menerima pengagihan Netbook 1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM. Oleh itu pihak sekolah diminta bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2/2013).
Monday, February 2, 2015
PENGISIAN MAKLUMAT PERIBADI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) BAGI TAHUN 2015
Wednesday, January 7, 2015
PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH 2015
KPM telah memutuskan SPS akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses di alamat
http://apps4.moe.gov.my/sps atau http://sps.moe.gov.my/
Surat siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan SPS 2015 boleh diakses melalui:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001196.pdf
Sebarang permasalahan dan pertanyaan yang berkaitan sila merujuk dan mengajukan kepada pihak seperti yang dinyatakan pada Para 8 dalam Garis Panduan Pelaksanaan SPS 2015.
Monday, November 3, 2014
PELAKSANAAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Kepada sekolah yang telah melaporkan kerosakkan peralatan ICT di dalam STS. Sila ambil perhatian, diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera, tepat dan betul agar melancarkan proses menyelengara peralatan tersebut. Adalah diingatkan bahawa, sekiranya maklumat yang perlu tidak dilengkapkan akan menyebabkan proses penyelengaraan akan tergendala.
Wednesday, October 22, 2014
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) DAN KEMPEN READ: "ONE NATION READING TOGETHER"
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: "One Nation Reading Together" merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Justeru itu mohon kerjasama Guru Perpustakaan Media ( GPM ) melaksanakannya untuk sekolah masing-masing. Berikut disertakan bahan untuk melaksanakan program tersebut :
1. Surat KM1M dan READ 2014
2. Contoh aktiviti
3. Borang Laporan Aktiviti
Wednesday, September 24, 2014
BENGKEL PELAKSANAAN MODUL KEDATANGAN MURID SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
Tarikh : 24 September 2014
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru
Kehadiran : Guru Pentadbir Sistem Pengurusan Sekolah
Tahniah dan syabas kepada peserta bengkel yang hadir kerana memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi menjaya dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Tuesday, August 5, 2014
PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 akan bermula pada 10 Ogos 2014 hingga Sabtu 30 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3
Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Ver 3/2014:
| BIL | ZON | DAERAH | TARIK PELAKSANAAN |
| 1 | A | BATU PAHAT PONTIAN PASIR GUDANG SEGAMAT KLUANG | 10 - 16 OGOS, 2014 |
| 2 | B | MUAR KULAI MERSING JOHOR BAHRU KOTA TINGGI | 17 - 23 OGOS, 2014 |
| 3 | VERIFIKASI BTPN JOHOR | 25 - 28 OGOS, 2014 | |
| 4 | PELAPORAN SSQS NEGERI JOHO KE BTP | 30 OGOS, 2014 | |
Wednesday, May 28, 2014
PENGISIAN MAKLUMAT MAKMAL / BILIK KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Sunday, April 13, 2014
KUTIPAN DATA BERKAITAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014
2. Surat Mohon Kebenaran Pantau PCG
Wednesday, January 22, 2014
PENCAPAIAN SSQS, IQ-PSS DAN ANALISIS BACAAN NILAM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT BAGI TAHUN 2013
Berikut adalah url pencapaian SSQS, IQ-PSS dan Analisis Bacaan NILAM bagi sekolah-sekolah di daerah Segamat. Guru-guru Perpustakaan dan Media boleh memuat turut dan membuat analisa keputusan berkenaan dan boleh dijadikan panduan dan persediaan bagi program PSS sepanjang tahun 2014.
Muat turun keputusan :
Sunday, January 12, 2014
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Segamat 2014
Blog Perkongsian Informasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor
Wednesday, September 25, 2013
PENDAFTARAN PROGRAM READ 2013 SEMPENA KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013
Sebagai makluman awal, adalah dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama Scholastic Malaysia sekali lagi akan melaksanakan Program READ2013 : One Nation Reading Together sempena Kem Membaca 1Malaysia pada 6 hingga 8 November 2013.
Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama guru-guru GPM zon PKG Segamat Baru untuk mendaftar melalui www.readtogether.com.my dengan kadar segera bagi melayakkan sekolah mendapat 50 buah buku sumbangan Scholastic Malaysia (kaedahnya adalah SIAPA CEPAT , DIA DAPAT).
Status Terkini Pengisian Data SSQS 2013 Sekolah-sekolah PKG Segamat Baru
Monday, September 23, 2013
Data Respondan SSQS Berakhir pada 23.09.2013
Berikut adalah dapatan pengisian SSQS yang diterima dari pihak BTPN Johor. Terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah melaksanakan pengisian. Kepada sekolah-sekolah yang BELUM melaksanakan pengisian SSQS, sila lakukan dengan kadar SEGERA berikutan tarikh akhir pengisian hampir tiba iaitu 30 September 2013. GPM yang terlibat, sila ambil tindakan drastik. Terima kasih.
Sunday, September 22, 2013
Monday, September 16, 2013
Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah 2013
| 1. | Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Guru) |
| 2. | Kajian Penggunaan Bahan Digital Disekolah (Soal Selidik Murid) Lampiran : Surat Makluman Kajian Bahan Digital |
Smart School Qualification Standards (SSQS) Versi 2.0
Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah.















