You are using .............. to connect with us!!!

robtex
Kemaskini I-Nilam sekolah anda....Pertukaran kelas bagi tahun yang baru...Kemasukan data bacaan...Laporan bacaan dan sebagainya...terima kasih..

Tuesday, January 12, 2016

PENYERTAAN PERTANDINGAN TOKOH NILAM DAERAH SEGAMAT


Makluman kepada semua GPM agar melengkapkan borang penyertaan yang berikut bagi bagi pengesahan penyertaan:

Borang penyertaan Pertandingan Tokoh NILAM Daerah Segamat 2016

Saturday, January 9, 2016

MAKLUMAT SEKOLAH AHLI PKG SEGAMAT BARU 2016

Mohon kerja sama semua sekolah ahli PKG Segamat Baru melengkapkan Borang Maklumat di bawah. Maklumat tersebut adalah untuk mengenalpasti kelengkapan ICT dan keperluan penyelenggaraan ICT sekolah.

Borang Maklumat Sekolah Ahli PKG Segamat Baru 2016

Maklumat speed test dan pembinaan Laman VLE yang perlu diisi secara bulanan  melalui URL berikut:

MAAF... SEDANG NAIK TARAF


Sunday, November 8, 2015

Wednesday, November 4, 2015

ANALISIS SOAL SELIDIK NILAM SEKOLAH AHLI PKG SEGAMAT BARU

Mohon kerjasama sekolah untuk melengkapkan maklumat jumlah guru dan murid serta tarikh menjawab soal selidik NILAM yang telah dilaksanakan di dalam url di bawah:

ANALISIS SOAL SELIDIK NILAM

Bagi sekolah yang masih belum menjawab soal selidik tersebut di url: http://www.moe.edu.my/btp , Tarikh tutup pada 6 November 2015.
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, October 28, 2015

Monday, October 19, 2015

PERKONGSIAN BAHAN DIGITAL MBMMBI

Assalamualaikum Dan Salam Muafakat Johor
Perkongsian bahan digital MBMMBI ( Koleksi hingga terkini ) dalam format ISO ( imej ) bagi tujuan memudahkan GPM atau Penyelaras MBMMBI untuk memuat turun seterusnya menyalin ke dalam CD bagi penggantian CD yang rosak atau hilang . Disertakan sekali manual dan langkah-langkah serta prosedur untuk menyalin bahan-bahan tersebut .

Berikut adalah pautan :

1. KOLEKSI BAHAN DIGITAL MBMMBI

2. MANUAL MUAT TURUN BAHAN DIGITAL MBMMBI

3. MANUAL SALIN BAHAN DIGITAL MBMMBI

Bahan ini dikongsikan oleh rakan PTP PKG Mersing. Terima kasih

Tuesday, September 15, 2015


Kekosongan jawatan di Pusat Kegiatan Guru daerah Segamat untuk dipohon oleh guru-guru yang berkelayakan:

Tempat Bertugas/ Jawatan:
1.  Pusat Kegiatan Guru Buloh Kasap:       Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
2.  Pusat Kegiatan Guru Bandar Segamat:  Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)
3.  Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru:      Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP 2)

Kelayakan:
1. Gred DG29 atau
2. Gred DG32 (KUP) , 32 hakiki tidak layak atau
3. Gred DG41 yang telah sah jawatan. Gred DG41 yang telah masuk DG44 tidak layak dan
4. Bukan Opsyen Agama, JQAF  dan Bahasa Inggeris

Cara mohon:
1.  Isi borang permohonan berikut dan lengkapkan seterusnya dihantar ke PKG Segamat Baru untuk semakan. Dapatkan pengesahan ketua jabatan terlebih dahulu.
2.  Borang permohonan boleh juga dihantar terus ke Bahagian Teknologi Pendidikan Johor.
3.  Sebarang masalah boleh berhubung dengan En Abd Latip bin Talib, PTP1 PKG Segamat Baru di talian  H/P: 0197500031

Borang Permohonan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru

Monday, September 14, 2015

Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Segamat

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan samada kewangan, tenaga, buah fikiran, kepakaran  dan sebagainya dalam menjayakan program ini. Semoga Segamat terus cemerlang dalam era ICT khasnya VLE

Wednesday, September 9, 2015

Pinjaman Netbook 1Malaysia

Borang Pinjaman Netbook 1M di PKG

Tatacara pinjaman Netbook:

1.   Dapatkan borang di url di atas:
2.   Lengkapkan maklumat dan dapatkan tanda tangan pentadbir sekolah (GB/Pengetua)
3.   Bawa borang tersebut ke PKG (pastikan sekolah adalah ahli PKG tersebut)
4.   Pinjaman perlu diperbaharui setiap bulan
5.   Sekiranya netbook yang dipinjam rosak, boleh ditukar yang baru
6.   Pastikan netbook yang dipinjam dijaga seperti harta sendiri. Sekiranya HILANG perlu diganti.

Sunday, August 16, 2015

Status Terkini Penarafan SSQS 2015 Sekolah Ahli PKG Segamat Baru


Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam proses penarafan ini. 

Sunday, July 26, 2015

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2015


Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2015 akan bermula pada 6 Julai 2015 hingga 22 Ogos 2015. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3

Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Ver 3/2015:


BIL
ZON
DAERAH
TARIK PELAKSANAAN
1
A
BATU PAHAT
PONTIAN
PASIR GUDANG
SEGAMAT
KLUANG
26 Julai - 13 Ogos 2015
2
B
MUAR
KULAI
MERSING
JOHOR BAHRU
KOTA TINGGI
1Ogos - 22 Ogos 2015
3
VERIFIKASI BTPN JOHOR
23 - 30 Ogos 2015
4
PELAPORAN SSQS NEGERI JOHOR KE BTP
1 September 2015


Muat turun :






Tuesday, July 14, 2015

KEPUTUSAN SSQS 2014 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG SEGAMAT BARU.


Berikut adalah keputusan SSQS sekolah-sekolah Zon PKG Segamat Baru bagi tahun 2014:




Monday, July 6, 2015

PEMANTAUAN PROGRAM VLE GM1M


KPM telah mengarahkan supaya Program VLE GM1M dibugarkan segera agar membolehkan PdP abad ke 21 berjalan seiring dengan pembekalan peralatan ICT yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.

Satu siri latihan VLE GM1M telah dilaksanakan di SMK Dato' Bentara Dalam yang terdiri daripada 29 buah sekolah terpilih di daerah Segamat bertujuan melatih Guru Muda sehingga mahir dalam mengendalikan VLE di sekolah.

Justeru itu pemantauan VLE GM1M telah dilaksanakan bagi memastikan program KPM ini berjalan secara berterusan.

Berikut adalah pautan yang perlu dilengkapkan oleh sekolah terlibat:
1.   BORANG MAKLUMAT SEKOLAH
       (Diisi oleh admin VLE setiap bulan)
2.   BORANG PENILAIAN KENDIRI
       (Diisi oleh Guru Muda selepas PdP setiap minggu)
3.   BORANG TINJAUAN PENTADBIR
       (Diisi oleh pentadbir sekolah bagi 5 orang Guru Muda setiap bulan)

Muat Turun :
1.   Bahan Taklimat Pemantauan Program VLE GM1M
2.   Surat Arahan
3.   Senarai Sekolah GM1M Daerah Segamat




Monday, June 15, 2015

Monday, May 11, 2015

VERIFIKASI e-DATA 2015 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG SEGAMAT BARU








Perhatian dan tindakan segera perlu dilakukan oleh GICT/GPB sekolah-sekolah zon PKG Segamat Baru. Sila muat turun dokumen berkaitan di url : https://goo.gl/JJ1HiL dan diemailkan semula ke pkg_segamat_baru@moe.gov.my pada atau sebelum 28 Mei 2015.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Abd Latip Bin Talib (Pegawai Teknologi Pendidikan 1) di 0197500031. Kerjasama dan keprihatinan GICT/GPB kami ucapkan jutaan terima.

Monday, April 27, 2015

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG 2015

Anugerah PSS Cemerlang 2015 peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan Mei ini. Guru-guru Perpustakaan dan Media yang menyertai pertandingan ini diharapkan dapat bersedia dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Berikut dilampirkan syarat dan kriteria yang diperlukan:


Muat turun:   INSTRUMEN APSSC